27 December 2011
Cerita Bulan 12
10 November 2011
Kisah Semalam
- ISU AGAMA -
ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA
Apa itu IFC(Inter Faith Commission)
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan
Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan
berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran
sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC
berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan
berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative
Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau
singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,
Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001
kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas
Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak
kepada orang bukan Islam.
Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh
dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes
pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah
sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya..
8. Kerajaan hendaklah
menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara
rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan
dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan
Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan
perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang
sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang
sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya.
Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang
bakal menggugat keselamatan negara.
Ape semua nie??? Islam semakin lemah. Orang lain menginjak agama Islam??? Semua persoalan hanya tinggal soalan dlm otak aku nie. Sambil aku baca, aku suarakn pd member2 aku. Aku xmampu nk berjihad seperti di zaman nabi2 dulu. Aku hanya hamba yg lemah, mampu berdoa agar semua yang blaku dijauhkan dari kemurkaan Allah. Ni baru pasal isu agama. Ni pasal kes yang tak slesai nie. Kes aper yg terjadi di zaman kaum nabi Luth berlaku lagi dibumi malaysia skrg nie. Program Seksualiti kemerdekaan 2011. Perlu ker nak tegakkan hak asasi kemanusiaan kerana ape??? Aku pun tak paham ape yg mereka nk?? Hak sebagai Gay dan lesbian perlu ada dlm masyarakat? Begitu????Sumber petikan dari www.iluvislam.com
After that jam 1 lebih, gerak pergi Mid makan di sane. Syafiq nk makan Onigiri Syushi Tuna Mayo. Dalam perjalanan nk ke sane, geram tol dgn pemandu. Tang corner boleh plak bw laju... Ingat drift ker??? Nk sgt pergi kat trek. Jangan nk wat kt atas jalan raya. mnyusahkan org jer... Aku gerak dgn Mas. Bdk laki nek motor parking kt blakang menara OUA bangsar.
Sampai sane, nk makan chicken chop, hajat tak kesampaian. Gerai makanan dah tutup. Pergi kat Jusco, beli makanan chicken chop n onigiri (syafiq punya makanan). Aku beli 'kawa' bermaksud kulit ayam. Mas pula terpaksa balik umah coz kluar dgn fmly beli brg. Dah terpisah sorang. Tinggallah bertiga. N then singgah MPH. Beli la buku Diary Of Wimpy Kid yang no 3. Kongsi wit dgn Syafiq. Pastu, jumpa Kak Sal, suh kiter keje balik d MPH. Ntahlah. Xtaw nk keje balik or tak. Tapikan orang dah offer keje, y not try balikkn? Nape nk tolak rezeki???
Emmm.... Fikir3...
08 November 2011
Hari Terakhir
Banyak kenangan sepanjang aku bekerja disini. Walaupun hanya sekadar 3 bulan sahaja, tapi banyak momen2 suka mahupun yang duka masih berlegar-legar diruang benak kepalaku. Hanya kami berdua sahaja yg ada sekarang. Yang slalu dgn aku (member boy) xder. G JPJ katenye. Boring n sunyi rasanya. Xder keceriaan rasanya. Mendung hari perasaan aku... Yang member lain masing2 dah bawa haluan selepas raya Haji yang lepas.
Aper citer menarik yer hari nie? Pikir3.... Pikir dan terus berfikir. Tapi aku buntu.... No idea... Nantilah aku update citer aku dalam entri nie. Da.....
07 November 2011
Pekerjaanku + Peristiwa Yang Lepas
31/10/11 - Ketika nie mood aku dalam keadaan kritikal la gak... Mane xnyer, aku asyik cari pasal dgn si die. Gaduh n mrajuk keje aku. Sampai dia kata "setiap kali nk dekat aniversery, nape suka mrajuk n nak gaduh? Ape salah syg?" Aku tersentap gak. Aku kadang2 xsedar naper aku suka sangat wat pasal dgn dia walhal dia xder pun nk gaduh n dia sendiri xsuka jadi camni. Takut kehilangan katanya. Aku pun kadang2 ikutkan hati jer... Aku perlu ubahlah perangai aku nie even dia xpinta tp demi kebaikan aku, aku harus lakukan demi hubungan kami.
1/11/11 - Hari nie merupakan aniversery aku yg ke 3 tahun 3 bulan. Begitu pantas masa berlalu. Bagi aku lama juga aku kapel dengan dia dr sebelum nie. But, cinta pertama aku lagi lama dgn sekarang dlm 4 thn. Aku ingin nie la cinta terakhir aku... Amin... Nak bagi aper ye hadiah aniversery? Dia dah bagi coklat kesukaan aku, m&m crispy. Kire ok la tue. Nanti la aku pikirkan hadiah apa nak bagi pada si dia. hehehe
4/11/11 - Tak berapa sihat. mane xnyer, sejak kebelakangan nie, asyik hujan. maklumlah nk musim tengkujuh. Pg, selsema yg agak teruk. Lepas brekfast, amik beg n teruk kuar. Tapi sebelum tue, aku ada mesej dgn sorg abg kt tmpt keje inform krn xsehat. Lepas tue, aku singgah pergi beli barang sebentar d mid bersama dgn si die n sorng member staff kt opis, Syafiq namanye. Nak balik dr mid, naikla KTM komuter n hr tue terasa bengang n geram sgt2. Tawla nk naek tapi mmg xder adab betul. Harap jer skolah tinggi tp pikiran masih cm bdk skolah. Berebut2 n xbg pluang org nk kuar dr tren. Yang nk masuk boleh plak berdiri di depan pintu tren halang org nak kuar. Dah la tue, org nk masuk serbu cam kambing masuk kandang. Xnk plak masuk dalam. Nk berdiri kt dpn pintu tren. Pergh!!!! menyirap rasanya. Ape lagi terus kuar dr stesen ktm nek bas. Masa kuar tue, aku guna ar touch n go. Kena penalti aku tgk cuma seringgit. okla, aku trima ar. Nak balik ke Pasar Seni, nek la Lrt dr Bangsar. Masa touch kad tue, lepas tp biler dah sampai, xleh kuar. Bile g kaunter lrt, pegawai yg bgtaw xder kredit dah. Tinggal 20 sen sahaja. Memang terkejut sangat. Tinggal sebanyak itu sahaja??? Geram tol... Menyirap hati aku waktu tue. Aku kena la bayar RM 1.30. Itu jela jalan akhir. Menghabiskan wit aku jer.
Peristiwa ngeri yg aku lihat (bg aku ler ngeri melihatnye sbb penah kene). Nak balik dari tempat keje, depan mata aku sendiri, ade penunggang moto kena xcdent dgn kereta. Nasib baik xder kecederaan yang teruk. Motor dia xleh nak pusing handle die. Kesnye, brek mengejut kereta myvi hitam. No plat? xsempat nk tgk. Kadang2 aku xpaham pesal nk cepat sgt... Even ade hal skalipun, pikir la nyawa sndri. Seolah-olah nyawa tue dah xder nilai harganya. Kire istilah bunuh diri sendri dan bunuh org lain. Yela, nk laju punya pasal krn nak cepat smp ke destinasi, akhirnya terbabas akibat sikap kiter sendiri. Dah tiada rasa sayang nyawa itu sendiri. Memang geram dengan sikap pemandu itu sendiri. Banyak gak time tue aku sendri menyumpah-nyumpah pada orang yang tak bertanggungjawab. Sebab ape aku jadi mcm tue? kerana aku sendiri pernah mengalaminya sendiri. Tak silap bulan lepas. that's why aku jadi begitu.. Grrr... (menahan sabar ketika ini).
5/11/11 - Ketika ini lepas solat subuh aku pulang ke kampung pada jam 7 pagi. Keadaan di jalan raya pada waktu itu lancar. Sampai di kampung dalam jam 9.30 pg. Aku, tolong mane yang patut. Esok dah Hari Raya Aidiladha. Emmm... Takder yg menarik nak citer.
6/11/11 - Hari nie hari yang mulia kerana menyambut Hari Korban / Aidiladha. Tapikan suasana bile meraikan hari nie dgn Aidilfitri berbeza + perasaan cam tak xcited plak nk braya. Mod: biasa2 jer.
7/11/11 - Umah nenek ade wat kenduri tahlil arwah atuk sekali dengan korban lembu. Waktu tue bz tlg mak2 sedara masak di dapur. Aku tlg memeriahkan suasana.. hehehehe.. Ala, setakat tolong yg simple2.
Itu jer yang aku ingat ar... Baik sambung keje aku nie... hehehe... Adios
27 September 2011
My Grandpa...
Ape yang blaku sebenarnya erk??? Wll, actually baru2 nie aku dikhabarkan berita yang sedih dalam hidup aku. Atuk telah pergi but selamanya. Puncanya sakit tua. Ketika aku dapat tahu, beliau dimasukkan hospital. Mak sampaikan dalam jam 3 lebih. Dan beliau meninggal pada malam jumaat. Doktor sahkan jam 10 beliau sudah tiada dalam dunia nie. Ketika itu aku masih di rumahku dgn adik lelaki aku. Memang ketika tue aku cuma berzikir dlm hati supaya hatiku tenang dan tidak terlalu menangis dgn pemergian beliau.
Sehingga saat ini, aku tidak percaya dengan pemergian atuk yang aku sayang. Ku doakan semoga arwah atukku ditempatkan dikalangan para yang soleh. Amin...
13 August 2011
Nostalgia Raya
Kad raya merupakan nostalgia lama yg pernah aku wat.. Banyak kenangan dgn kad raya tue. Smp skrg, kad3 yg kwn2 aku pernah bg dr time skolah hingga kolej, aku masih simpan lagi... Mengamit rindu. Ni tadi aku br buka FB, member ajak berbuka puasa di Mid Valley. Aku pown xtaw sama ada nk g or x. Mmg tringin nak jumper mereka... Yela dh hmpr 6 thn xjumper mereka... Msti mcm3 gelagat n rupa mereka. Sorang chuby, sorang kurus tinggi n mcm3 la... dh ada yg beranak pinak dh pun. Pergh... mesti seronok nie. Aku dlm dilema nk g or x. Yela, maner ada wit nk kuar... Aku kan baru jer stat keje... sebab tue aku rasa byk feeling... Emmm... tgk la camner...
Aku nak masuk tido dulu. Penat+ ngantok... Xder idea nk msukn dlm entri nie...
Adios....
P/S: Cuma kad raya aku tulis... Pasal kenangan hari raya or time pose xder kot... No idea... Lgpun xder yg menarik pown nk citer pasal raya....
08 August 2011
Corat-coret di bulan Ramadhan
Tadi, aku sempat singgah blog hakim tentang kemaafan. Aku setuju dgn ape yang akim tulis dan kongsi pengalaman yg berharga utk diri dia. Aku sebenarnya cuba belajar memaafkan seseorng tp bkn sorang malah ramai juga yg pernah sakitkan hati aku. Tapi ape gunanya aku berdendam n sakit hati pada mereka.. Itu lagi menambahkan luka dihati n bertambah aku mendendami manusia len yg pernah singgah dlm hidup aku. Mungkin aku perlu ambil masa untuk belajar memaafkan mereka. Setiap malam,aku muhasabah diri dengan apa yang aku lakukan dan aku belajar memaafkan diriku untuk menjadi manusia yang lebih baik kehidupan dari sebelum ini.
Hari ini juga aku menerima 2 perkhabaran. 1 baik dan 1 buruk. Baik, aku menerima tawaran pekerjaan di pos Malaysia. Alhamdulillah. Termakbul jua doaku untuk mendapat pekerjaan. Aku bersyukur sangat2... Aku perlu lakukan yang terbaik dalam karier aku. Berita sedih, salah seorang anggota keluarga si dia meninggal dunia. Dia memberitahu arwah tok ngah meninggal dalam keadaan beliau sedang tdo. waktu pagi dalam jam 9 or 10 pg. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Amin...
P/S: Aku ingat nk tulis bykkn entri pd setiap bln. paling banyak 10 keatas tp x kesampaian. Semuanya bawah 10... ada tue paling byk bwh 5... Adoyai
20 July 2011
AMARAH
Ayat di atas mengambarkan perasaan aku yang tengah bengang waktu itu. hehehe... Aku pun dah lupe pasal ape but i think mybe hanya sekadar nama panggilan dia marah betul kat aku... hahaha... tak patut betul... nie citer dah lama. Aku baru hari nie buka utk tgk aper yg aku belum post kat blog aku... Surely mmg aku dah lama tak on9 utk blog (FB jer yg aku on9 coz xder mod nak buka blog). Perasaan aku sekarang xder paper yg boleh menyentak hatiku (buat masa nie ler). Bagi aku ler, xpatot ler die nk bengang pasal name pun. kata dia "It just a name". nape nak susah hati plak kan? Entri seterusnyer nanti la aku wat. No idea... Still like a dream like a barbie (peminat citer kartun)...
17 July 2011
Cerita 2 Hari
Hari nie, adik aku br smp umh jam 7 petang. Sampai umah aku tgk muka dia letak cam tampal koyok... Sakit gusi.. Ciannyer... Dan hari nie juga aku dpt jalani ganti puasa dan aku tahu hari nie merupakan bulan nisfu Syaaban.
Hari juga aku menonton kartun Boboiboy... Memang best la ngempak... Terbaik!!! Ada kuasa baru BBB. Smart la...
Tadi aku ada terbaca satu artikel. mengenai 13 alasan wanita tidak mahu menutup aurat. Ia membuatkan aku insaf. Teguran itu tandanya sayang. Ia info yg berguna utk aku. Terima kasih... Aku nk masuk tido dulu... Selamat malam...
--- The End Of Chapter---
16 July 2011
Cerita 3 Hari
16 JULAI 2011
Baru hari ini aku ada kesempatan nak citer dlm entri aku nie. Aku ingat nk wat semalam. Nie lepas aku balik dr kenduri rumah jiran lama, aku br ada kelapangan nk tulis dlm entri nie. Dah selamat jiran lama aku diijabkabulkan. Muda lagi dah kawin. Itulah dinamakan jodohnya dah sampai. Tahniah untuk dia... Aku tumpang gembira. Tadi aku smp surau, aku xsempat nk lihat wajah jiran aku camner. Mesti berseri kan... Tp aku takder rapat sgt dgn dia sebab dia kata aku perampas ex bf dia. Entah biler plak dia kapel dgn cinta monyet aku. Tp sekarang aku dgn dia sama2 xder jodoh dgn dia. Pasangan kami adalah orang lain. Dan ex bf aku tue juga dah ada uah hati yang lain. Takpelah.. itu semua adalah momen2 yang pernah hadir dalam hidupku...
15 JULAI 2011
Semalam hari Jumaat aku menonton cerita Rio. Yang nie barulah Rio yang sebenar aku menonton. Sebelum ni, dalam entri aku cuma Rio + Shadow. Hehehe... Langsung takder citer dia. Kali betul-betul Rio aku lihat. Emmm... citer dia ok la... Aku bg 3 bintang... Hehehe...
14 JULAI 2011
Pada hari khamis yg lepas, aku meraikan hari lahir si dia... Hehehe sekadar jalan2 sajer di Mid Valley. Aku belikan hadiah robot kesukaan dia. Gundam. Gembira betul dia. Aku pun tumpang rasa gembira... Aku dpt mengembirakan hati dia walaupun xseberapa. Aku puas hati. N then aku pergi ke Sungei Wang Plaza di Bintang Walk. Dia nak beli hamster. Aku temankan dia. Nama Hamster yg ke 11 adalh T-fo. Mulanya letak nama bifdie sempena besday dia tp aku cm rasa payah nk sebut. Aku suggest nama T-fo. sedap gak namanya. Cam buni gforce plak... hehehe.
Aku nak abadikan nama2 hamster aku dlm entri nie. Hamster yg pernah kami berdua bela dari dulu hingga kini.
LIST NAMA HAMSTER
1)Labu - winter white, jantan
2)Kuci - dwart, betina
3)Chito - winter white, jantan
4)Kiro - syrian, jantan
5)Miro - syrian, betina
6)Pino - syirian, jantan
7)Cibow - syrian, jantan
8)Piepie - winter white, jantan
9)Iecy - winter white, betina
10)Chiemo - robberski, betina
11)Tifo (T-fo) - winter white, jantan
Banyak jantan yg kami bela. Yang aku bela hanya cito dan kuci jer... Yang selebihnya hanya dia yg jaga.. hehehe...
Bila aku sampai rumah, lif pulak takder... Aduyai... Mmg penat sgt mendaki tangga. Yerla umah aku dok kt tingkat paling tinggi. Tingkat 12. Nasib baik aku tak duduk umh pling tinggi lg... Bertambah penat + pening + kurang oksigen dan lastly tersadai kt tpi tngga kerana terlampau penat. Dia hantar aku pun terlalu penat. Maklumlah maner pernah dia dok umah flat. Semua umh teres die duduk...
--- The End Of Chapter---
13 July 2011
Old Memory
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
Tak bermakna kenangan aku dgn ex sajer yg ada... geng3 kamcing kat berek tue semua ada kenangan yg melucukan. Aku membesar dengan mereka juga. Tadi aku melayari kenangan terindah aku semasa dr sekolah rendah hinggalah sebelum ku berpindah... Tak silap aku tahun 2009.
Memori yg begitu indah dengan mereka dan tak mungkin sama dengan sekarang kerana keadaan sekarang adalah berbeza... Kini, aku sudah dewasa. Tiada apa yang menarik sangat pun ketika dewasa. Entahlah... Kebelakangan nie,aku sering mimpi tentang mereka. Sekolah rendah ada juga tp x sekerap member skolah menengah... walaupun ada lost memory but im still remember my friends even they not remember me... I don't care... Lumrah alam kan... Member silih berganti dalam hidup. but the true friends is still my heart.
Otakku dah jem + pening + selsema + sakit badan. Nak tido dulu... Adios...
P/S: Esok besday si dia... Ape erk aku n bg dia lg utk esok? Hand made card dah siap. Maybe esok nk blnje brekfast dgn ank patung angry bird... ok la tue... hehe
---The End Of Chapter---
11 July 2011
RAINBOW HEART
PENGAJARAN 9/7/11
Xfaham aku tengok orang2 yg wt rusuhan nie. pemikiran cetek tol.Suka nyusahkan hidup orang lain..kerana perhimpunan ni, org len yg kena menjadi mangsa. Terpaksa batalkan aktiviti di hujung minggu. Apa yang berlaku semalam betul2 memberi kesan dan imej negara. Ini bukan budaya kita... Xkan kita nk lalui peristiwa sejarah negara kita? Hidup dengan ketakutan dan segala penderitaan yang dialami oleh nenek moyang kita? Patutnya kita harus bersyukur kerana nenek moyang kita yang memperjuangkan kemerdekaan, negara Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai... Mengapa nak rosakkan keamanan yang sedia ada ni?Ada akal, diguna pakai untuk mentadbir alam dengan sebaiknya.Allah jadikan manusia dengan sebaik-baik makhluk ciptaan NYA... Fikir-fikirkanlah..
Entah lah. Aku tak faham pemikiran mereka nie... Mengapa perlu adakan demonstrasi dijalanan? Apa yang mereka dapat? Hanya mencalarkan imej negara sahaja. Gara-gara perhimpunan ni, semua aktiviti yang telah dirancang kebanyakan rakyat menjadi lumpuh. Aku ada baca paper mingguan, pengantin terpaksa jalan kaki di Taman Tasik Titiwangsa. Majlis beliau diadakan disana tetapi tiada sambutan. Keadaan begitu lengang sekali. Kasihan... Memang kasihan... Puas hati la kan sebab buat orang lain begitu marah,kecewa... Tidak patut...
HARI LAHIR
Tidak lama lagi, besday orang yang tersayang... Tengah hari tadi aku dah siap kan present untuk dia. 2 hari aku wat... Harap dia suka. Lagipun aku tak tahulah nak bagi apa pada dia. Aku siap buat ala-ala novel gitu. Hehehe. Aku nk masukkan sedikit rangkap lagu yg ada dlm novel aku ni.
TAJUK: DESTINASIKU
SENARAI LAGU: (mengikut turutan dalam novel aku)
a) KAU DAN AKU
b) NOKTAH CINTA
c) MERAUNG
d) KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
e) INIKAH CINTA
f) JANGAN BILANG TIDAK
g) TANPA
h) UNTUK MENCINTAIMU
i) SITUASI
j) HINGGA AKHIR NAFASKU
Aku sendiri tak tahu mana dapat idea camni... Memang secara automatik, aku nk abadikan cinta aku dalam bentuk novel. Hanya untuk dia. Bukan untuk orang lain. Aku bukannya pandai buat ayat yang terlalu puitis... Lagu yang aku masukkan adalah selingan dari setiap luahan kata-kata aku. macam teater musikal pulak. Ni novel musikal... Hehehe.
Aku sebenarnya terasa sayu jer dalam hati aku. Entahlah. Orang len anggap ia perkara remeh tapi bukan semua orang pemikiran sama. Aku jenis orang sensitif dengan keadaan sekeliling. Dengan member, dengan family... Yang banyak terluka kerana member. Dulu janji bagai nak rak, andai satu masa antara salah seorang daripada kita berempat yang masuk ke dunia alam rumah tangga, jemput datang kenduri kahwin. Aku belum lagi kawen. Ini masa aku belajar kolej. Mereka kira bestfrend aku tp sekarang, aku xtahu nak anggap ape... still bestfrend or??? Susah nak jawab. Si B dan si W dah berkahwin dan sekrang dah ada anak masing-masing. Si S, belum lagi. Mereka berdua langsung hilang begitu sajer. memang terkilan habis. Aku tahu mereka sudah ada minta maaf dengan aku tapi aku manusia biasa. Aku bukan memperbesarkan hal ni tp ke mana janji yang mereka lafazkan? Aku tahu mereka dah kawen dari mulut rakan dia yang lain. yang si W aku dah jenguk dia last year. Si B ni, baru-baru nie dia mesej aku. Tapi menyakitkan hati. Biarlah... Mereka dah ada life sendiri. Aku malas nk fikirkan pasal diorang. kalu betul ingat pasal aku, mereka akan cari aku. kalu tak, aku anggap sebagai takder ape2 yg berlaku. Kpala aku mula sakit skrang ni. Aku berundur dahulu. Ada masa aku cerita lagi...
-THE END-
21 June 2011
Perasaan Hatiku
Terdiam sejenak aku berfikir. Adakala, aku melihat rakan dan abang angkat aku di bangku sekolah sudah mendirikan tangga. Sudah menjadi suami orang dan ada rakan aku juga sudah jadi bini orang. Dalam usia yang muda, mereka bertemu jodoh dengan pasangan mereka masing-masing. Adakala juga aku terkilan kerana orang yang pernah aku sayang sudah berpunya dan tidak lama lagi menunggu saat kelahiran anaknya. Walaupun mulanya aku terkilan kerana tidak menjemputku sewaktu perkahwinan dia, aku tetap mendoakan abangku bahagia disamping orang yang dia sayang dan dicintai. Itu yang mampu aku lakukan.
Sewaktu bertemu dengan dia pada bulan April yang lalu, aku begitu terkejut dan teruja melihat penampilan dia yang berlainan. Maklumlah sudah 2 thn lebih aku tidak jumpa dengan dia tetapi sewaktu aku bertemu dengan dia, ketika itu baru kusedar yang dia sudah menjadi suami orang dan aku tidak boleh lagi bermanja dengan dia macam dulu. Aku betul-betul anggap dia memang abang aku sendiri kerana aku tiada abang dalam family aku. Dan memang pernah suatu ketika antara kami sama-sama memendam perasaan tapi aku faham dan akur bahawa aku bukanlah pasangan hidup dia yang baik untuk membahagiakan dia kerana dah terbukti jodoh dia dengan orang lain. Tidak mengapalah. Aku mengharapkan kehidupan dia lebih baik sebelum ini dan dapat menjaga pasangan pilihan hidup dia dengan sebak-baiknya. Itulah doa dan harapan aku pada dia. Aku hanya memandang dari jauh sahaja dan aku tidak boleh sembarangan mendekat dia lagi. Aku harus jaga perasaan pasangan hidup dia dan juga pasangan hidup aku. Aku tidak mahu mereka terluka...
P/S : Mengapa aku masih memikirkan kehidupan mereka sedangkan mereka sudah bahagia dengan kehidupan mereka? Adakah aku masih merindukan dia??? Oh tidak, tolonglah. Janganla aku menambahkan kesakitan yang sedia ada. Jangan ditambahkan lagi kekusutan yang ada... Maafkan aku, FIE...
Di Saat Aku Mencintaimu ...
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
P/S: Kumpulan Dadali. Aku dapat lagu ini dari salah seorang rakan dari M..., aku dengar sekali, tersentuh hatiku... Ada juga kena mengena dalam hidup aku. Pernah mewarnai hidup aku suatu ketika dulu. Tidak tergambar perasaanku. Hanya lagu dapat kusampaikan...
HATIKU MILIKMU
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
* Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu
Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya
Kan kucoretkan kenangnanmu
dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini
ulang *
Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku
ulang *
Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini
P/S: Setiap bait dan kata-kata dalam lirik ini memberi sejuta makna dan luahan hati yg pernah aku alami sewaktu dulu... Warna dalam kanvas hatiku.
10 June 2011
Aku Kembali...
Selesai aku training, aku wat kejer umah seperti biasa... Sambil tue aku masih lagi mencari keje... mencari dan terus mencari... Baru-baru ni, aku balik kampung selama seminggu. Sehari sebelum aku balik kampung,aku dapat panggilan kerja tetapi tidak berjaya kerana aku tiada ijazah IT. Memang sedih but im still find out job until now. Aku adalah penganggur yg terhormat. Hehehe...
Lagi??? Apa yg aku harus masukan peristiwa2 lg dlm entri aku nie??? No idea...
Bersambung...
04 May 2011
Komen Puisi Dan Isu Terkini
Kelmarin, aku sempat menyiapkan puisi untuk si dia dan sebentar tadi aku baru publish my puisi... KEMBARA HIDUP... dalam sejam aku siap puisi tue dan tak sangka aku buat puisi begitu panjang... Nasib baik tak macam surat titah dari sultan atau cerita dongeng... hehehe...(sempat lagi aku buat lawak). Komen dari si dia, terasa nak menangis. Terlalu banyak kesedihan dari kegembiraan. Nak tumpang rasa sedihla. Mulanya aku wat ada gak sebak dihati tp xdala sampai mengalir air mata. Bila aku baca kembali ayat aku, aku meman benar2 xthn nak membaca. Itu sedikit perjalanan hidup aku... Diam x diam sudah 2 thn 9 bulan dia jd sebahagian dalam hidup aku. Dia selalu ingat anniversary cuma aku yg kadang kala terlupa.
Dulu aku slalu ingat hari penting dengan pasangan sebelum ini. Sekarang terbalik pula. Si dia sekarang serin mengingati hari yang istimewa dan bermakna bg aku... Syukurlah...
ISU TERKINI
1. Hari ini, aku sudah mula training course database admin. Hehehe... rasanya pening gak nak refresh otak aku nie... Calling2 my information in database. Sebelum nie ada bljar tp dah lama terperap dalm otak aku. Jadi beku dan xtahu dimana aku simpan... Kena guna otak JIMMY NEUTRON...
2. Sebentar tadi juga,aku sempat baca akhbar metro tentang mcm2 yg berlaku di luar negara dan dlm negara juga tak kurang hebatnya. Kisah bapa berebutkan harta, maut tkerana tolak lamaran dr pelajar siswazah, dan byk berlaku kes kematian. Berita luar negara tentang OSAMA dibunuh, Obama jadi saksi dan macam2 la sampai xlarat nak menaip nie. Xtahu nak komen apa. Semua yang sudah berlaku adalah atas ketentuan Ilahi. Apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan. Sebagai hamba, adikanlah ia satu iktibar dan pengajaran untuk diri kita sendiri. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini...
3. Sebelum ini aku ada bgtahu dalam entri sebelum nie sama ada kelas tuisyen akan diteruskan atau tidak. Dan semalam aku dapat mesej dari seseorang yang kelas tuisyen bermula pada Sabtu ini bersamaan 07/05/2011. Bagi aku, it's not important for me in my schedule. Aku dah minta si dia tolong balas mesej tue pada orang yang berkenaan. Lagipun aku dah ada perkara yang harus aku buat. Ayat yang begitu skema macam nak periksa pula... hehehe
4. Rasa kelakar tadi bila aku kata pada si dia B and he say for me BABY. Alahai... Asyik tergelak jer. Si dia kata geli panggil nama tue. But for me its to cute and sweet. (nie penangan aku blajar BI semasa training) =P
Tak tahulah bila aku rasa nk pgl si dia macam tue. Sajer nk rasa nak pangil dia sebegitu. (masih tersenyum walaupun sedang menaip lagi nie)... =D
Sekian...
P/S: Dah xtahu nak isi aper dalam entri nie... Cukuplah. Aku sambung lagi dalam entri yang baru... Adios
KEMBARA HIDUP
Dalam lakaran hati
Aku tidak pernah merasa suatu jiwa
Yang tidak pernah kulalui sebelum ini
Suatu perjalanan
Suatu rentetan hidup aku
Tidak pernah aku bayangkan
Diriku telah menemui CINTA SEJATI
Memang sukar kulafazkan
Memang sukar kukatakan
Memang sukar untuk aku nafikan
Memang sukar untuk aku iakan
Aku temui CINTA SEJATIKU
Dalam perjalanan yang kelam
Aku tangis dalam keseorangan
Setiap persinggahan yang pernah aku lewati
Aku masih SEORANG DIRI
Bukan ku tak bisa melupakan rentetan perjalananku
Bukan ku tak bisa meminggir perjalankanku
Kerna itu semua adalah sebahagian hidup aku
Yang pernah aku lewati suatu ketika dulu
Setiap kali aku letih melangkah
Aku berhenti sejenak melepaskan lelah
Meluahkan rasa mencari diri yang mungkin hilang di arus angin
Suatu ketika aku ingin lupakan segalanya apa aku rasa
Namun tiap kali jua aku tewas dengan jiwa aku sendiri
Saat jiwaku lapar, aku singgah rumah disetiap jalan yang aku lalui
Kuketuk rumah mereka dengan loceng kehidupan
Kuingin menyemai benih bunga jiwa yang membawa impianku sampai ke langit
Dan kuyakini langit akan memberikan cinta
Namun semua itu tiada sinaran yang membolehkan aku terus mengapainya
Kerna sinar cinta tiada untuk aku
Sedih bukan kepalang
Merana bukan kupinta
Tetapi ianya suatu mengembara
Yang pasti berlaku pada penggembara
ITULAH KISAH AKU
Seketika aku berhenti
Aku terbaca satu catitan
Mengenai CINTA
Ya! CINTA
Kini aku tersedar
Setiap langkah yang aku turuti
Itu semua telah berlaku
Bukan kehendak aku
Itu adalah keunikan penggembara seperti aku
Yang patut aku rasa syukur
Atas kurniaanMU
Ya tuhan…
Aku patut percayakan CINTA
Aku patut berasa gembira
Aku patut berasa bertuah
Kerana aku masih lagi bernyawa
Masih lagi aku boleh mencari
Cinta yang sebenar-benarnya untuk aku
Tika dulu
Aku meratap hiba kerana kebodohanku
Aku meratap hiba kerana keangkuhanku
Aku meratap hiba kerana keegoaanku
Aku tersedar
Aku tersentak dari mimpi yang panjang
Tuhan terlalu menyayangi aku sehingga DIA memberi halangan agar aku terlepas dari kumbang yang salah
Tuhan benarkan aku kecewa kerana DIA mahu aku mengenali lebih lagi tentang kehidupan
Tuhan mahu aku menjadi bijak buat keputusan dan terus berusaha dengan harapan apabila kita benar-benar menemui KEKASIH SEJATI, CINTA YANG SUCI, kita benar-benar MENGHARGAI!
Catitan yang membuat aku tersedar
Aku harus percaya cinta itu tetap ada
Aku harus mencari
Mencari dan terus mencari…
Sehingga ke suatu destinasi
Aku temui rumah yang aku cari selama ini
Ia ada berada di depan mata
Tetapi aku yang masih buta
Masih memikirkan masih ada harapan untuk aku temuinya sebutir cinta???
Aku masih ragu-ragu
Tentang jiwa aku
Aku mulai takut
Mimpi yang indah menjadi musnah
Sinar cinta menjadi kelam
Namun suatu sudut jiwaku ini
Mengatakan…
Destinasi ini adalah rumah paling bersinar
Bak KEMILAU CINTA dari CINTA SEJATI
Ia ada bersama mu
Doamu telah dimakbulkan
Tuhan telah berikan sesuatu yang telah aku ingini
Yang telah aku temui
Terima kasih ya tuhan
Kerna aku masih diberi peluang dariMU
Ya tuhan…
KAU telah makbulkan hajatku
Ya tuhan…
Aku ingin bersamanya hingga nafasku, jiwaku yang terakhir
sebelum aku menemui MU
Kupohon padaMU agar berikan aku kesempatan
untuk mencipta suatu memori indah bersama dengannya
untuk aku membetulkan kesilapan silamku
Kuingin membuat dia bahagia
Membuat dia gembira dan membuat terasa keindahan
Bersama denganku…
ENGKAULAH Maha Mendengar segala rintihan hambamu…
Terima kasih ya tuhan…
Terima kasih…
02 MAY 2011
-22:34-