20 July 2011

AMARAH

Tadi aku baru lepas baca sorang blog die nie. Aku terkejut dowh pasal panggilan name dia. Cam marah jer kat aku... Sensitif giler dowh. Bukan aku suke2 jer ckp name dia ALIM. Kan mmg dr kecik dh pgl bgtu. And then dia cam bengang jer.

Ayat di atas mengambarkan perasaan aku yang tengah bengang waktu itu. hehehe... Aku pun dah lupe pasal ape but i think mybe hanya sekadar nama panggilan dia marah betul kat aku... hahaha... tak patut betul... nie citer dah lama. Aku baru hari nie buka utk tgk aper yg aku belum post kat blog aku... Surely mmg aku dah lama tak on9 utk blog (FB jer yg aku on9 coz xder mod nak buka blog). Perasaan aku sekarang xder paper yg boleh menyentak hatiku (buat masa nie ler). Bagi aku ler, xpatot ler die nk bengang pasal name pun. kata dia "It just a name". nape nak susah hati plak kan? Entri seterusnyer nanti la aku wat. No idea... Still like a dream like a barbie (peminat citer kartun)...

17 July 2011

Cerita 2 Hari

Aku kembali lagi... Hehehe... Semalam dlm entri aku, aku just citer smp aku time petang jer... Smlm waktu dekat senja, mak aku bgtaw ada perlawanan antara Malaysia dgn Liverpool... Perlawanan persahabatan. Walaupun Malaysia tewas 3-6 dgn Liverpool tp bg aku, aku cukup berbangga corak pemain Malaysia ada skill yg boleh tahan dan perlu perbaiki kelemahan pd mereka... Kire orait la tue... perlu tingkatkan kecekapan pemain, speed mereka dan jgn asyik simpan bola. Pertahanan perlu diperbaiki.

Hari nie, adik aku br smp umh jam 7 petang. Sampai umah aku tgk muka dia letak cam tampal koyok... Sakit gusi.. Ciannyer... Dan hari nie juga aku dpt jalani ganti puasa dan aku tahu hari nie merupakan bulan nisfu Syaaban.

Hari juga aku menonton kartun Boboiboy... Memang best la ngempak... Terbaik!!! Ada kuasa baru BBB. Smart la...

Tadi aku ada terbaca satu artikel. mengenai 13 alasan wanita tidak mahu menutup aurat. Ia membuatkan aku insaf. Teguran itu tandanya sayang. Ia info yg berguna utk aku. Terima kasih... Aku nk masuk tido dulu... Selamat malam...

--- The End Of Chapter---

16 July 2011

Cerita 3 Hari

Hehehe... Tajuk kali nie 'Cerita 3 Hari'. Saje aku letak tajuk tu sebab dalam masa 3 hari, macam3 citer yang singgah dalam hidup aku. Jadi, aku letak la tajuk begitu... Kire citer yg berbeza kan...

16 JULAI 2011
Baru hari ini aku ada kesempatan nak citer dlm entri aku nie. Aku ingat nk wat semalam. Nie lepas aku balik dr kenduri rumah jiran lama, aku br ada kelapangan nk tulis dlm entri nie. Dah selamat jiran lama aku diijabkabulkan. Muda lagi dah kawin. Itulah dinamakan jodohnya dah sampai. Tahniah untuk dia... Aku tumpang gembira. Tadi aku smp surau, aku xsempat nk lihat wajah jiran aku camner. Mesti berseri kan... Tp aku takder rapat sgt dgn dia sebab dia kata aku perampas ex bf dia. Entah biler plak dia kapel dgn cinta monyet aku. Tp sekarang aku dgn dia sama2 xder jodoh dgn dia. Pasangan kami adalah orang lain. Dan ex bf aku tue juga dah ada uah hati yang lain. Takpelah.. itu semua adalah momen2 yang pernah hadir dalam hidupku...

15 JULAI 2011
Semalam hari Jumaat aku menonton cerita Rio. Yang nie barulah Rio yang sebenar aku menonton. Sebelum ni, dalam entri aku cuma Rio + Shadow. Hehehe... Langsung takder citer dia. Kali betul-betul Rio aku lihat. Emmm... citer dia ok la... Aku bg 3 bintang... Hehehe...


14 JULAI 2011
Pada hari khamis yg lepas, aku meraikan hari lahir si dia... Hehehe sekadar jalan2 sajer di Mid Valley. Aku belikan hadiah robot kesukaan dia. Gundam. Gembira betul dia. Aku pun tumpang rasa gembira... Aku dpt mengembirakan hati dia walaupun xseberapa. Aku puas hati. N then aku pergi ke Sungei Wang Plaza di Bintang Walk. Dia nak beli hamster. Aku temankan dia. Nama Hamster yg ke 11 adalh T-fo. Mulanya letak nama bifdie sempena besday dia tp aku cm rasa payah nk sebut. Aku suggest nama T-fo. sedap gak namanya. Cam buni gforce plak... hehehe.
Aku nak abadikan nama2 hamster aku dlm entri nie. Hamster yg pernah kami berdua bela dari dulu hingga kini.

LIST NAMA HAMSTER
1)Labu - winter white, jantan
2)Kuci - dwart, betina
3)Chito - winter white, jantan
4)Kiro - syrian, jantan
5)Miro - syrian, betina
6)Pino - syirian, jantan
7)Cibow - syrian, jantan
8)Piepie - winter white, jantan
9)Iecy - winter white, betina
10)Chiemo - robberski, betina
11)Tifo (T-fo) - winter white, jantan

Banyak jantan yg kami bela. Yang aku bela hanya cito dan kuci jer... Yang selebihnya hanya dia yg jaga.. hehehe...

Bila aku sampai rumah, lif pulak takder... Aduyai... Mmg penat sgt mendaki tangga. Yerla umah aku dok kt tingkat paling tinggi. Tingkat 12. Nasib baik aku tak duduk umh pling tinggi lg... Bertambah penat + pening + kurang oksigen dan lastly tersadai kt tpi tngga kerana terlampau penat. Dia hantar aku pun terlalu penat. Maklumlah maner pernah dia dok umah flat. Semua umh teres die duduk...

--- The End Of Chapter---

13 July 2011

Old Memory

Aku kembali lagi... hehehe... cam kartun plak aku nie. Semalam aku kuar dengan mak aku pergi bank in duit utk adik. Aku lalu kawasan rumah lama aku kt brickfields... kawasan kat blakang umah aku dah dirobohkan. Dekat dengan pasar malam tue pun dah roboh dah... Balai polis dpn flat aku pun dah roboh... apesal flat aku yg ditinggalkan masih xroboh2 lagi? Hairan dan musykil tol... Banyak tol kenangan aku dekat brickfields tue... Bertahun-tahun aku membesar di situ... Begitu banyak perubahan yang aku tengok. Huhuhuhu memang betul-betul aku rindukan tempat sepermainan aku dgn geng2 aku kat citu... Kebanyakan member aku semua duduk jauh dah... berpecah mengikut family masing-masing... Kehidupan mereka sendiri. Memang kenangan terindah dengan mereka...

bila yang tertulis untukku

adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah

Tak bermakna kenangan aku dgn ex sajer yg ada... geng3 kamcing kat berek tue semua ada kenangan yg melucukan. Aku membesar dengan mereka juga. Tadi aku melayari kenangan terindah aku semasa dr sekolah rendah hinggalah sebelum ku berpindah... Tak silap aku tahun 2009.
Memori yg begitu indah dengan mereka dan tak mungkin sama dengan sekarang kerana keadaan sekarang adalah berbeza... Kini, aku sudah dewasa. Tiada apa yang menarik sangat pun ketika dewasa. Entahlah... Kebelakangan nie,aku sering mimpi tentang mereka. Sekolah rendah ada juga tp x sekerap member skolah menengah... walaupun ada lost memory but im still remember my friends even they not remember me... I don't care... Lumrah alam kan... Member silih berganti dalam hidup. but the true friends is still my heart.
Otakku dah jem + pening + selsema + sakit badan. Nak tido dulu... Adios...

P/S: Esok besday si dia... Ape erk aku n bg dia lg utk esok? Hand made card dah siap. Maybe esok nk blnje brekfast dgn ank patung angry bird... ok la tue... hehe

---The End Of Chapter---


11 July 2011

RAINBOW HEART

Lama juga aku tinggalkan entri aku nie... Aku sekarang baru sembuh dari demam... Agak lama juga aku demam + period... Alhamdulilah. Baru-baru nie, ada berlaku kekecohan tanpa diundang. Mmg minggu lepas 3 hari tue memang terpaksa duduk rumah gara kes perhimpunan BERSIH. BERSIH ke??? Aku ada anta kat wall FB aku..

PENGAJARAN 9/7/11
Xfaham aku tengok orang2 yg wt rusuhan nie. pemikiran cetek tol.Suka nyusahkan hidup orang lain..kerana perhimpunan ni, org len yg kena menjadi mangsa. Terpaksa batalkan aktiviti di hujung minggu. Apa yang berlaku semalam betul2 memberi kesan dan imej negara. Ini bukan budaya kita... Xkan kita nk lalui peristiwa sejarah negara kita? Hidup dengan ketakutan dan segala penderitaan yang dialami oleh nenek moyang kita? Patutnya kita harus bersyukur kerana nenek moyang kita yang memperjuangkan kemerdekaan, negara Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai... Mengapa nak rosakkan keamanan yang sedia ada ni?Ada akal, diguna pakai untuk mentadbir alam dengan sebaiknya.Allah jadikan manusia dengan sebaik-baik makhluk ciptaan NYA... Fikir-fikirkanlah..

Entah lah. Aku tak faham pemikiran mereka nie... Mengapa perlu adakan demonstrasi dijalanan? Apa yang mereka dapat? Hanya mencalarkan imej negara sahaja. Gara-gara perhimpunan ni, semua aktiviti yang telah dirancang kebanyakan rakyat menjadi lumpuh. Aku ada baca paper mingguan, pengantin terpaksa jalan kaki di Taman Tasik Titiwangsa. Majlis beliau diadakan disana tetapi tiada sambutan. Keadaan begitu lengang sekali. Kasihan... Memang kasihan... Puas hati la kan sebab buat orang lain begitu marah,kecewa... Tidak patut...


HARI LAHIR
Tidak lama lagi, besday orang yang tersayang... Tengah hari tadi aku dah siap kan present untuk dia. 2 hari aku wat... Harap dia suka. Lagipun aku tak tahulah nak bagi apa pada dia. Aku siap buat ala-ala novel gitu. Hehehe. Aku nk masukkan sedikit rangkap lagu yg ada dlm novel aku ni.

TAJUK: DESTINASIKU
SENARAI LAGU: (mengikut turutan dalam novel aku)

a) KAU DAN AKU
b) NOKTAH CINTA
c) MERAUNG
d) KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
e) INIKAH CINTA
f) JANGAN BILANG TIDAK
g) TANPA
h) UNTUK MENCINTAIMU
i) SITUASI
j) HINGGA AKHIR NAFASKU

Aku sendiri tak tahu mana dapat idea camni... Memang secara automatik, aku nk abadikan cinta aku dalam bentuk novel. Hanya untuk dia. Bukan untuk orang lain. Aku bukannya pandai buat ayat yang terlalu puitis... Lagu yang aku masukkan adalah selingan dari setiap luahan kata-kata aku. macam teater musikal pulak. Ni novel musikal... Hehehe.

Aku sebenarnya terasa sayu jer dalam hati aku. Entahlah. Orang len anggap ia perkara remeh tapi bukan semua orang pemikiran sama. Aku jenis orang sensitif dengan keadaan sekeliling. Dengan member, dengan family... Yang banyak terluka kerana member. Dulu janji bagai nak rak, andai satu masa antara salah seorang daripada kita berempat yang masuk ke dunia alam rumah tangga, jemput datang kenduri kahwin. Aku belum lagi kawen. Ini masa aku belajar kolej. Mereka kira bestfrend aku tp sekarang, aku xtahu nak anggap ape... still bestfrend or??? Susah nak jawab. Si B dan si W dah berkahwin dan sekrang dah ada anak masing-masing. Si S, belum lagi. Mereka berdua langsung hilang begitu sajer. memang terkilan habis. Aku tahu mereka sudah ada minta maaf dengan aku tapi aku manusia biasa. Aku bukan memperbesarkan hal ni tp ke mana janji yang mereka lafazkan? Aku tahu mereka dah kawen dari mulut rakan dia yang lain. yang si W aku dah jenguk dia last year. Si B ni, baru-baru nie dia mesej aku. Tapi menyakitkan hati. Biarlah... Mereka dah ada life sendiri. Aku malas nk fikirkan pasal diorang. kalu betul ingat pasal aku, mereka akan cari aku. kalu tak, aku anggap sebagai takder ape2 yg berlaku. Kpala aku mula sakit skrang ni. Aku berundur dahulu. Ada masa aku cerita lagi...

-THE END-