04 May 2011

KEMBARA HIDUP

Dalam lakaran hati

Aku tidak pernah merasa suatu jiwa

Yang tidak pernah kulalui sebelum ini

Suatu perjalanan

Suatu rentetan hidup aku

Tidak pernah aku bayangkan

Diriku telah menemui CINTA SEJATI

Memang sukar kulafazkan

Memang sukar kukatakan

Memang sukar untuk aku nafikan

Memang sukar untuk aku iakan

Aku temui CINTA SEJATIKU

Dalam perjalanan yang kelam

Aku tangis dalam keseorangan

Setiap persinggahan yang pernah aku lewati

Aku masih SEORANG DIRI

Bukan ku tak bisa melupakan rentetan perjalananku

Bukan ku tak bisa meminggir perjalankanku

Kerna itu semua adalah sebahagian hidup aku

Yang pernah aku lewati suatu ketika dulu

Setiap kali aku letih melangkah

Aku berhenti sejenak melepaskan lelah

Meluahkan rasa mencari diri yang mungkin hilang di arus angin

Suatu ketika aku ingin lupakan segalanya apa aku rasa

Namun tiap kali jua aku tewas dengan jiwa aku sendiri

Saat jiwaku lapar, aku singgah rumah disetiap jalan yang aku lalui

Kuketuk rumah mereka dengan loceng kehidupan

Kuingin menyemai benih bunga jiwa yang membawa impianku sampai ke langit

Dan kuyakini langit akan memberikan cinta

Namun semua itu tiada sinaran yang membolehkan aku terus mengapainya

Kerna sinar cinta tiada untuk aku

Sedih bukan kepalang

Merana bukan kupinta

Tetapi ianya suatu mengembara

Yang pasti berlaku pada penggembara

ITULAH KISAH AKU

Seketika aku berhenti

Aku terbaca satu catitan

Mengenai CINTA

Ya! CINTA

Kini aku tersedar

Setiap langkah yang aku turuti

Itu semua telah berlaku

Bukan kehendak aku

Itu adalah keunikan penggembara seperti aku

Yang patut aku rasa syukur

Atas kurniaanMU

Ya tuhan…

Aku patut percayakan CINTA

Aku patut berasa gembira

Aku patut berasa bertuah

Kerana aku masih lagi bernyawa

Masih lagi aku boleh mencari

Cinta yang sebenar-benarnya untuk aku

Tika dulu

Aku meratap hiba kerana kebodohanku

Aku meratap hiba kerana keangkuhanku

Aku meratap hiba kerana keegoaanku

Aku tersedar

Aku tersentak dari mimpi yang panjang

Tuhan terlalu menyayangi aku sehingga DIA memberi halangan agar aku terlepas dari kumbang yang salah

Tuhan benarkan aku kecewa kerana DIA mahu aku mengenali lebih lagi tentang kehidupan

Tuhan mahu aku menjadi bijak buat keputusan dan terus berusaha dengan harapan apabila kita benar-benar menemui KEKASIH SEJATI, CINTA YANG SUCI, kita benar-benar MENGHARGAI!

Catitan yang membuat aku tersedar

Aku harus percaya cinta itu tetap ada

Aku harus mencari

Mencari dan terus mencari…

Sehingga ke suatu destinasi

Aku temui rumah yang aku cari selama ini

Ia ada berada di depan mata

Tetapi aku yang masih buta

Masih memikirkan masih ada harapan untuk aku temuinya sebutir cinta???

Aku masih ragu-ragu

Tentang jiwa aku

Aku mulai takut

Mimpi yang indah menjadi musnah

Sinar cinta menjadi kelam

Namun suatu sudut jiwaku ini

Mengatakan…

Destinasi ini adalah rumah paling bersinar

Bak KEMILAU CINTA dari CINTA SEJATI

Ia ada bersama mu

Doamu telah dimakbulkan

Tuhan telah berikan sesuatu yang telah aku ingini

Yang telah aku temui

Terima kasih ya tuhan

Kerna aku masih diberi peluang dariMU

Ya tuhan…

KAU telah makbulkan hajatku

Ya tuhan…

Aku ingin bersamanya hingga nafasku, jiwaku yang terakhir

sebelum aku menemui MU

Kupohon padaMU agar berikan aku kesempatan

untuk mencipta suatu memori indah bersama dengannya

untuk aku membetulkan kesilapan silamku

Kuingin membuat dia bahagia

Membuat dia gembira dan membuat terasa keindahan

Bersama denganku…

ENGKAULAH Maha Mendengar segala rintihan hambamu…

Terima kasih ya tuhan…

Terima kasih…

02 MAY 2011

-22:34-

No comments:

Post a Comment