04 May 2011
Komen Puisi Dan Isu Terkini
Kelmarin, aku sempat menyiapkan puisi untuk si dia dan sebentar tadi aku baru publish my puisi... KEMBARA HIDUP... dalam sejam aku siap puisi tue dan tak sangka aku buat puisi begitu panjang... Nasib baik tak macam surat titah dari sultan atau cerita dongeng... hehehe...(sempat lagi aku buat lawak). Komen dari si dia, terasa nak menangis. Terlalu banyak kesedihan dari kegembiraan. Nak tumpang rasa sedihla. Mulanya aku wat ada gak sebak dihati tp xdala sampai mengalir air mata. Bila aku baca kembali ayat aku, aku meman benar2 xthn nak membaca. Itu sedikit perjalanan hidup aku... Diam x diam sudah 2 thn 9 bulan dia jd sebahagian dalam hidup aku. Dia selalu ingat anniversary cuma aku yg kadang kala terlupa.
Dulu aku slalu ingat hari penting dengan pasangan sebelum ini. Sekarang terbalik pula. Si dia sekarang serin mengingati hari yang istimewa dan bermakna bg aku... Syukurlah...
ISU TERKINI
1. Hari ini, aku sudah mula training course database admin. Hehehe... rasanya pening gak nak refresh otak aku nie... Calling2 my information in database. Sebelum nie ada bljar tp dah lama terperap dalm otak aku. Jadi beku dan xtahu dimana aku simpan... Kena guna otak JIMMY NEUTRON...
2. Sebentar tadi juga,aku sempat baca akhbar metro tentang mcm2 yg berlaku di luar negara dan dlm negara juga tak kurang hebatnya. Kisah bapa berebutkan harta, maut tkerana tolak lamaran dr pelajar siswazah, dan byk berlaku kes kematian. Berita luar negara tentang OSAMA dibunuh, Obama jadi saksi dan macam2 la sampai xlarat nak menaip nie. Xtahu nak komen apa. Semua yang sudah berlaku adalah atas ketentuan Ilahi. Apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan. Sebagai hamba, adikanlah ia satu iktibar dan pengajaran untuk diri kita sendiri. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari ini...
3. Sebelum ini aku ada bgtahu dalam entri sebelum nie sama ada kelas tuisyen akan diteruskan atau tidak. Dan semalam aku dapat mesej dari seseorang yang kelas tuisyen bermula pada Sabtu ini bersamaan 07/05/2011. Bagi aku, it's not important for me in my schedule. Aku dah minta si dia tolong balas mesej tue pada orang yang berkenaan. Lagipun aku dah ada perkara yang harus aku buat. Ayat yang begitu skema macam nak periksa pula... hehehe
4. Rasa kelakar tadi bila aku kata pada si dia B and he say for me BABY. Alahai... Asyik tergelak jer. Si dia kata geli panggil nama tue. But for me its to cute and sweet. (nie penangan aku blajar BI semasa training) =P
Tak tahulah bila aku rasa nk pgl si dia macam tue. Sajer nk rasa nak pangil dia sebegitu. (masih tersenyum walaupun sedang menaip lagi nie)... =D
Sekian...
P/S: Dah xtahu nak isi aper dalam entri nie... Cukuplah. Aku sambung lagi dalam entri yang baru... Adios
KEMBARA HIDUP
Dalam lakaran hati
Aku tidak pernah merasa suatu jiwa
Yang tidak pernah kulalui sebelum ini
Suatu perjalanan
Suatu rentetan hidup aku
Tidak pernah aku bayangkan
Diriku telah menemui CINTA SEJATI
Memang sukar kulafazkan
Memang sukar kukatakan
Memang sukar untuk aku nafikan
Memang sukar untuk aku iakan
Aku temui CINTA SEJATIKU
Dalam perjalanan yang kelam
Aku tangis dalam keseorangan
Setiap persinggahan yang pernah aku lewati
Aku masih SEORANG DIRI
Bukan ku tak bisa melupakan rentetan perjalananku
Bukan ku tak bisa meminggir perjalankanku
Kerna itu semua adalah sebahagian hidup aku
Yang pernah aku lewati suatu ketika dulu
Setiap kali aku letih melangkah
Aku berhenti sejenak melepaskan lelah
Meluahkan rasa mencari diri yang mungkin hilang di arus angin
Suatu ketika aku ingin lupakan segalanya apa aku rasa
Namun tiap kali jua aku tewas dengan jiwa aku sendiri
Saat jiwaku lapar, aku singgah rumah disetiap jalan yang aku lalui
Kuketuk rumah mereka dengan loceng kehidupan
Kuingin menyemai benih bunga jiwa yang membawa impianku sampai ke langit
Dan kuyakini langit akan memberikan cinta
Namun semua itu tiada sinaran yang membolehkan aku terus mengapainya
Kerna sinar cinta tiada untuk aku
Sedih bukan kepalang
Merana bukan kupinta
Tetapi ianya suatu mengembara
Yang pasti berlaku pada penggembara
ITULAH KISAH AKU
Seketika aku berhenti
Aku terbaca satu catitan
Mengenai CINTA
Ya! CINTA
Kini aku tersedar
Setiap langkah yang aku turuti
Itu semua telah berlaku
Bukan kehendak aku
Itu adalah keunikan penggembara seperti aku
Yang patut aku rasa syukur
Atas kurniaanMU
Ya tuhan…
Aku patut percayakan CINTA
Aku patut berasa gembira
Aku patut berasa bertuah
Kerana aku masih lagi bernyawa
Masih lagi aku boleh mencari
Cinta yang sebenar-benarnya untuk aku
Tika dulu
Aku meratap hiba kerana kebodohanku
Aku meratap hiba kerana keangkuhanku
Aku meratap hiba kerana keegoaanku
Aku tersedar
Aku tersentak dari mimpi yang panjang
Tuhan terlalu menyayangi aku sehingga DIA memberi halangan agar aku terlepas dari kumbang yang salah
Tuhan benarkan aku kecewa kerana DIA mahu aku mengenali lebih lagi tentang kehidupan
Tuhan mahu aku menjadi bijak buat keputusan dan terus berusaha dengan harapan apabila kita benar-benar menemui KEKASIH SEJATI, CINTA YANG SUCI, kita benar-benar MENGHARGAI!
Catitan yang membuat aku tersedar
Aku harus percaya cinta itu tetap ada
Aku harus mencari
Mencari dan terus mencari…
Sehingga ke suatu destinasi
Aku temui rumah yang aku cari selama ini
Ia ada berada di depan mata
Tetapi aku yang masih buta
Masih memikirkan masih ada harapan untuk aku temuinya sebutir cinta???
Aku masih ragu-ragu
Tentang jiwa aku
Aku mulai takut
Mimpi yang indah menjadi musnah
Sinar cinta menjadi kelam
Namun suatu sudut jiwaku ini
Mengatakan…
Destinasi ini adalah rumah paling bersinar
Bak KEMILAU CINTA dari CINTA SEJATI
Ia ada bersama mu
Doamu telah dimakbulkan
Tuhan telah berikan sesuatu yang telah aku ingini
Yang telah aku temui
Terima kasih ya tuhan
Kerna aku masih diberi peluang dariMU
Ya tuhan…
KAU telah makbulkan hajatku
Ya tuhan…
Aku ingin bersamanya hingga nafasku, jiwaku yang terakhir
sebelum aku menemui MU
Kupohon padaMU agar berikan aku kesempatan
untuk mencipta suatu memori indah bersama dengannya
untuk aku membetulkan kesilapan silamku
Kuingin membuat dia bahagia
Membuat dia gembira dan membuat terasa keindahan
Bersama denganku…
ENGKAULAH Maha Mendengar segala rintihan hambamu…
Terima kasih ya tuhan…
Terima kasih…
02 MAY 2011
-22:34-