11 July 2011

RAINBOW HEART

Lama juga aku tinggalkan entri aku nie... Aku sekarang baru sembuh dari demam... Agak lama juga aku demam + period... Alhamdulilah. Baru-baru nie, ada berlaku kekecohan tanpa diundang. Mmg minggu lepas 3 hari tue memang terpaksa duduk rumah gara kes perhimpunan BERSIH. BERSIH ke??? Aku ada anta kat wall FB aku..

PENGAJARAN 9/7/11
Xfaham aku tengok orang2 yg wt rusuhan nie. pemikiran cetek tol.Suka nyusahkan hidup orang lain..kerana perhimpunan ni, org len yg kena menjadi mangsa. Terpaksa batalkan aktiviti di hujung minggu. Apa yang berlaku semalam betul2 memberi kesan dan imej negara. Ini bukan budaya kita... Xkan kita nk lalui peristiwa sejarah negara kita? Hidup dengan ketakutan dan segala penderitaan yang dialami oleh nenek moyang kita? Patutnya kita harus bersyukur kerana nenek moyang kita yang memperjuangkan kemerdekaan, negara Malaysia menjadi sebuah negara yang aman damai... Mengapa nak rosakkan keamanan yang sedia ada ni?Ada akal, diguna pakai untuk mentadbir alam dengan sebaiknya.Allah jadikan manusia dengan sebaik-baik makhluk ciptaan NYA... Fikir-fikirkanlah..

Entah lah. Aku tak faham pemikiran mereka nie... Mengapa perlu adakan demonstrasi dijalanan? Apa yang mereka dapat? Hanya mencalarkan imej negara sahaja. Gara-gara perhimpunan ni, semua aktiviti yang telah dirancang kebanyakan rakyat menjadi lumpuh. Aku ada baca paper mingguan, pengantin terpaksa jalan kaki di Taman Tasik Titiwangsa. Majlis beliau diadakan disana tetapi tiada sambutan. Keadaan begitu lengang sekali. Kasihan... Memang kasihan... Puas hati la kan sebab buat orang lain begitu marah,kecewa... Tidak patut...


HARI LAHIR
Tidak lama lagi, besday orang yang tersayang... Tengah hari tadi aku dah siap kan present untuk dia. 2 hari aku wat... Harap dia suka. Lagipun aku tak tahulah nak bagi apa pada dia. Aku siap buat ala-ala novel gitu. Hehehe. Aku nk masukkan sedikit rangkap lagu yg ada dlm novel aku ni.

TAJUK: DESTINASIKU
SENARAI LAGU: (mengikut turutan dalam novel aku)

a) KAU DAN AKU
b) NOKTAH CINTA
c) MERAUNG
d) KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
e) INIKAH CINTA
f) JANGAN BILANG TIDAK
g) TANPA
h) UNTUK MENCINTAIMU
i) SITUASI
j) HINGGA AKHIR NAFASKU

Aku sendiri tak tahu mana dapat idea camni... Memang secara automatik, aku nk abadikan cinta aku dalam bentuk novel. Hanya untuk dia. Bukan untuk orang lain. Aku bukannya pandai buat ayat yang terlalu puitis... Lagu yang aku masukkan adalah selingan dari setiap luahan kata-kata aku. macam teater musikal pulak. Ni novel musikal... Hehehe.

Aku sebenarnya terasa sayu jer dalam hati aku. Entahlah. Orang len anggap ia perkara remeh tapi bukan semua orang pemikiran sama. Aku jenis orang sensitif dengan keadaan sekeliling. Dengan member, dengan family... Yang banyak terluka kerana member. Dulu janji bagai nak rak, andai satu masa antara salah seorang daripada kita berempat yang masuk ke dunia alam rumah tangga, jemput datang kenduri kahwin. Aku belum lagi kawen. Ini masa aku belajar kolej. Mereka kira bestfrend aku tp sekarang, aku xtahu nak anggap ape... still bestfrend or??? Susah nak jawab. Si B dan si W dah berkahwin dan sekrang dah ada anak masing-masing. Si S, belum lagi. Mereka berdua langsung hilang begitu sajer. memang terkilan habis. Aku tahu mereka sudah ada minta maaf dengan aku tapi aku manusia biasa. Aku bukan memperbesarkan hal ni tp ke mana janji yang mereka lafazkan? Aku tahu mereka dah kawen dari mulut rakan dia yang lain. yang si W aku dah jenguk dia last year. Si B ni, baru-baru nie dia mesej aku. Tapi menyakitkan hati. Biarlah... Mereka dah ada life sendiri. Aku malas nk fikirkan pasal diorang. kalu betul ingat pasal aku, mereka akan cari aku. kalu tak, aku anggap sebagai takder ape2 yg berlaku. Kpala aku mula sakit skrang ni. Aku berundur dahulu. Ada masa aku cerita lagi...

-THE END-

No comments:

Post a Comment