21 June 2011

Perasaan Hatiku

Dalam masa beberapa jam, 3 entri aku sudah buat untuk hari ini termasuk entri ini. Sudah lama aku tidak buka blog aku. Bukan kerana merajuk tetapi ada komitmen lain yang harus aku kerjakan. 2 entri hanya aku letakkan lirik lagu yang aku suka Hatiku Milikmu dan Di Saat Aku Mencintaimu.

Terdiam sejenak aku berfikir. Adakala, aku melihat rakan dan abang angkat aku di bangku sekolah sudah mendirikan tangga. Sudah menjadi suami orang dan ada rakan aku juga sudah jadi bini orang. Dalam usia yang muda, mereka bertemu jodoh dengan pasangan mereka masing-masing. Adakala juga aku terkilan kerana orang yang pernah aku sayang sudah berpunya dan tidak lama lagi menunggu saat kelahiran anaknya. Walaupun mulanya aku terkilan kerana tidak menjemputku sewaktu perkahwinan dia, aku tetap mendoakan abangku bahagia disamping orang yang dia sayang dan dicintai. Itu yang mampu aku lakukan.

Sewaktu bertemu dengan dia pada bulan April yang lalu, aku begitu terkejut dan teruja melihat penampilan dia yang berlainan. Maklumlah sudah 2 thn lebih aku tidak jumpa dengan dia tetapi sewaktu aku bertemu dengan dia, ketika itu baru kusedar yang dia sudah menjadi suami orang dan aku tidak boleh lagi bermanja dengan dia macam dulu. Aku betul-betul anggap dia memang abang aku sendiri kerana aku tiada abang dalam family aku. Dan memang pernah suatu ketika antara kami sama-sama memendam perasaan tapi aku faham dan akur bahawa aku bukanlah pasangan hidup dia yang baik untuk membahagiakan dia kerana dah terbukti jodoh dia dengan orang lain. Tidak mengapalah. Aku mengharapkan kehidupan dia lebih baik sebelum ini dan dapat menjaga pasangan pilihan hidup dia dengan sebak-baiknya. Itulah doa dan harapan aku pada dia. Aku hanya memandang dari jauh sahaja dan aku tidak boleh sembarangan mendekat dia lagi. Aku harus jaga perasaan pasangan hidup dia dan juga pasangan hidup aku. Aku tidak mahu mereka terluka...

P/S : Mengapa aku masih memikirkan kehidupan mereka sedangkan mereka sudah bahagia dengan kehidupan mereka? Adakah aku masih merindukan dia??? Oh tidak, tolonglah. Janganla aku menambahkan kesakitan yang sedia ada. Jangan ditambahkan lagi kekusutan yang ada... Maafkan aku, FIE...

No comments:

Post a Comment