Sudah sebulan aku tidak update entry nie. Lepas aku habis kontrak, tak lama lepas tue, aku disambung semula kerj kat pos. Alhamdulillah... Memang seronok dan kalau boleh aku nak kerja tetap kat pos tue. Namun, rasa sedih bila aku habis juga kerja aku pada 20/12/2011 yg lepas. Sekarang, aku xkeje lagi... kerja aper yang aku nak wat lepas nie/ Hemmm... Masih mencari lagi...
Sudah seminggu aku dok umah... Dan dalam bulan nie jer 3 kali aku pergi menonton wayang kat Mid Valley. Pada 7/12/2011, tengok cerita Misteri Jalan Lama. Happy Feet 2 sempena besday adik lelaki aku pada 14/12/2011 yang lalu, aku blanjer termasuk mak aku. Cerita Alvin and The Chipmunk pada 21/12/2011. 3 minggu berturut-turut aku pergi... Dah lama sgt tak tengok wayang. dah setahun lebih... Hehehe ;)
Sekarang dah 28/12/2011. Wow, cepat betul masa berlalu. Lagi beberapa hari sahaja masuk tahun baru 2012. Alhamdulillah, masih panjang usia aku. Aku berharap dengan pertambahan masa yang Allah berikan, aku ingin membuat yang terbaik dalam hidup aku. Mencari cinta yang hakiki dan dekat dengan Maha Pencipta.
Dulu, aku pernah nyatakan pada usia 25 tahun, aku sedia nak mendirikan rumah tangga dengan cinta pertama aku. Tapi, semua itu hanya tinggal sejarah cinta lama aku kerana aku dengan dia tidak bersama lagi. Mungkin aku bukan pasangan dia. Perjalanan hidup aku, semua diatur baik olehNya. Dialah perancang terbaaik untuk hambanya. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk mencari pasangan hidup yang lebih baik.
Kini, aku sudah temui cinta terakhir aku. dan hubungan aku dengan dia berjalan dengan lancar selama 3 tahun 4 bulan. 1 jangka masa yang lama juga walaupun terasa baru semalam aku berkawan dengan dia... Dia yang terbaik yang pernah aku jumpa. Terima kasih segala-galanya
No comments:
Post a Comment