27 December 2011

Cerita Bulan 12

Sudah sebulan aku tidak update entry nie. Lepas aku habis kontrak, tak lama lepas tue, aku disambung semula kerj kat pos. Alhamdulillah... Memang seronok dan kalau boleh aku nak kerja tetap kat pos tue. Namun, rasa sedih bila aku habis juga kerja aku pada 20/12/2011 yg lepas. Sekarang, aku xkeje lagi... kerja aper yang aku nak wat lepas nie/ Hemmm... Masih mencari lagi...

Sudah seminggu aku dok umah... Dan dalam bulan nie jer 3 kali aku pergi menonton wayang kat Mid Valley. Pada 7/12/2011, tengok cerita Misteri Jalan Lama. Happy Feet 2 sempena besday adik lelaki aku pada 14/12/2011 yang lalu, aku blanjer termasuk mak aku. Cerita Alvin and The Chipmunk pada 21/12/2011. 3 minggu berturut-turut aku pergi... Dah lama sgt tak tengok wayang. dah setahun lebih... Hehehe ;)

Sekarang dah 28/12/2011.  Wow, cepat betul masa berlalu. Lagi beberapa hari sahaja masuk tahun baru 2012. Alhamdulillah, masih panjang usia aku. Aku berharap dengan pertambahan masa yang Allah berikan, aku ingin membuat yang terbaik dalam hidup aku. Mencari cinta yang hakiki dan dekat dengan Maha Pencipta. 

Dulu, aku pernah nyatakan pada usia 25 tahun, aku sedia nak mendirikan rumah tangga dengan cinta pertama aku. Tapi, semua itu hanya tinggal sejarah cinta lama aku kerana aku dengan dia tidak bersama lagi. Mungkin aku bukan pasangan dia. Perjalanan hidup aku, semua diatur baik olehNya. Dialah perancang terbaaik untuk hambanya. Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk mencari pasangan hidup yang lebih baik.

Kini, aku sudah temui cinta terakhir aku. dan hubungan aku dengan dia berjalan dengan lancar selama 3 tahun 4 bulan. 1 jangka masa yang lama juga walaupun terasa baru semalam aku berkawan dengan dia... Dia yang terbaik yang pernah aku jumpa. Terima kasih segala-galanya

 

10 November 2011

Kisah Semalam

10/11/11 - Aku keluar umah pada jam 10 pagi. Balik sampai jam 7 malam. Pergi mcd WiFi di Bangsar. Kuar bersama si dia, Mas dan Syafiq. Lama gak la lepak kt mcd. Aku cam biase ler. Men game n then men sim kt FB. Lepas men sim, aku saje baca kat wall post. Macam2. Isu Agama, isu Kaum Nabi Luth kembali. Nie dalam wall aku yang mereka sebarkan.
- ISU AGAMA -

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.
Ape semua nie??? Islam semakin lemah. Orang lain menginjak agama Islam??? Semua persoalan hanya tinggal soalan dlm otak aku nie. Sambil aku baca, aku suarakn pd member2 aku. Aku xmampu nk berjihad seperti di zaman nabi2 dulu. Aku hanya hamba yg lemah, mampu berdoa agar semua yang blaku dijauhkan dari kemurkaan Allah. Ni baru pasal isu agama. Ni pasal kes yang tak slesai nie. Kes aper yg terjadi di zaman kaum nabi Luth berlaku lagi dibumi malaysia skrg nie. Program Seksualiti kemerdekaan 2011. Perlu ker nak tegakkan hak asasi kemanusiaan kerana ape??? Aku pun tak paham ape yg mereka nk?? Hak sebagai Gay dan lesbian perlu ada dlm masyarakat? Begitu????

Sumber petikan dari www.iluvislam.com

Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.
Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.
Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda.
Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.
Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.
Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja.
Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.
Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia.
Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.
Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.
Firman Allah;
"Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu" (Surah Al-Qamar : 33-36)
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.
Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang dan agama dan kerajaan.
Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt. Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran dan pergaulan anak-anak anda. Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda. Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini.
Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini. Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai.Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini. Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.

Fikirlah sendiri sebab masing2 ada akal yg Allah berikan. If masih nak teruskan segelintir orang yg hanya melandaskan hawa nafsu, bersiap sedialah balasan dari Allah. Sebaiknya, muhasabahlah diri. Bila jadi macam nie, semua umat tak kira orang yang beriman turut kena balasannya sebab kita xcegah perkara2 yang mungkar.
After that jam 1 lebih, gerak pergi Mid makan di sane. Syafiq nk makan Onigiri Syushi Tuna Mayo. Dalam perjalanan nk ke sane, geram tol dgn pemandu. Tang corner boleh plak bw laju... Ingat drift ker??? Nk sgt pergi kat trek. Jangan nk wat kt atas jalan raya. mnyusahkan org jer... Aku gerak dgn Mas. Bdk laki nek motor parking kt blakang menara OUA bangsar.

Sampai sane, nk makan chicken chop, hajat tak kesampaian. Gerai makanan dah tutup. Pergi kat Jusco, beli makanan chicken chop n onigiri (syafiq punya makanan). Aku beli 'kawa' bermaksud kulit ayam. Mas pula terpaksa balik umah coz kluar dgn fmly beli brg. Dah terpisah sorang. Tinggallah bertiga. N then singgah MPH. Beli la buku Diary Of Wimpy Kid yang no 3. Kongsi wit dgn Syafiq. Pastu, jumpa Kak Sal, suh kiter keje balik d MPH. Ntahlah. Xtaw nk keje balik or tak. Tapikan orang dah offer keje, y not try balikkn? Nape nk tolak rezeki???

Emmm.... Fikir3...

08 November 2011

Hari Terakhir

HARI TERAKHIR??? Nape plak aku letak title sebegitu? Sebenarnya hari nie merupakan hari terakhir aku berada disini (ofis dayabumi). Huhuhu, terasa sayu juga rasanya. Xder semangat nk kerja tapi aku gagahkan juga ape yg terdaya.

Banyak kenangan sepanjang aku bekerja disini. Walaupun hanya sekadar 3 bulan sahaja, tapi banyak momen2 suka mahupun yang duka masih berlegar-legar diruang benak kepalaku. Hanya kami berdua sahaja yg ada sekarang. Yang slalu dgn aku (member boy) xder. G JPJ katenye. Boring n sunyi rasanya. Xder keceriaan rasanya. Mendung hari perasaan aku... Yang member lain masing2 dah bawa haluan selepas raya Haji yang lepas.

Aper citer menarik yer hari nie? Pikir3.... Pikir dan terus berfikir. Tapi aku buntu.... No idea... Nantilah aku update citer aku dalam entri nie. Da.....

07 November 2011

Pekerjaanku + Peristiwa Yang Lepas

Selamat pagi... Hari ini merupakan hari second terakhir aku bekerja sebagai kerani kontrak di Pos Malaysia. Terlalu banyak kenangan disini sepanjang aku bekerja disini. Memang bestla. Cuma aku sedih sebab lepas nie aku tak tahu nk kerja kat maner plak. Otak blurr.... Di sini aku selitkan peristiwa lepas yg berlaku sebelum nie... Ini bahagian pertama. bahagian kedua? nantilah aku sambung coz xbrape ingat ape yg terjadi sebelum2 nie. Wat masa sekarang nie jela yg dapat aku ingat peristiwa lama. Idea mencurah2 macam hujan yg turun dengan lebatnye... hehehe (ader ker peribahasa nie?)

31/10/11 - Ketika nie mood aku dalam keadaan kritikal la gak... Mane xnyer, aku asyik cari pasal dgn si die. Gaduh n mrajuk keje aku. Sampai dia kata "setiap kali nk dekat aniversery, nape suka mrajuk n nak gaduh? Ape salah syg?" Aku tersentap gak. Aku kadang2 xsedar naper aku suka sangat wat pasal dgn dia walhal dia xder pun nk gaduh n dia sendiri xsuka jadi camni. Takut kehilangan katanya. Aku pun kadang2 ikutkan hati jer... Aku perlu ubahlah perangai aku nie even dia xpinta tp demi kebaikan aku, aku harus lakukan demi hubungan kami.


1/11/11 - Hari nie merupakan aniversery aku yg ke 3 tahun 3 bulan. Begitu pantas masa berlalu. Bagi aku lama juga aku kapel dengan dia dr sebelum nie. But, cinta pertama aku lagi lama dgn sekarang dlm 4 thn. Aku ingin nie la cinta terakhir aku... Amin... Nak bagi aper ye hadiah aniversery? Dia dah bagi coklat kesukaan aku, m&m crispy. Kire ok la tue. Nanti la aku pikirkan hadiah apa nak bagi pada si dia. hehehe


4/11/11 - Tak berapa sihat. mane xnyer, sejak kebelakangan nie, asyik hujan. maklumlah nk musim tengkujuh. Pg, selsema yg agak teruk. Lepas brekfast, amik beg n teruk kuar. Tapi sebelum tue, aku ada mesej dgn sorg abg kt tmpt keje inform krn xsehat. Lepas tue, aku singgah pergi beli barang sebentar d mid bersama dgn si die n sorng member staff kt opis, Syafiq namanye. Nak balik dr mid, naikla KTM komuter n hr tue terasa bengang n geram sgt2. Tawla nk naek tapi mmg xder adab betul. Harap jer skolah tinggi tp pikiran masih cm bdk skolah. Berebut2 n xbg pluang org nk kuar dr tren. Yang nk masuk boleh plak berdiri di depan pintu tren halang org nak kuar. Dah la tue, org nk masuk serbu cam kambing masuk kandang. Xnk plak masuk dalam. Nk berdiri kt dpn pintu tren. Pergh!!!! menyirap rasanya. Ape lagi terus kuar dr stesen ktm nek bas. Masa kuar tue, aku guna ar touch n go. Kena penalti aku tgk cuma seringgit. okla, aku trima ar. Nak balik ke Pasar Seni, nek la Lrt dr Bangsar. Masa touch kad tue, lepas tp biler dah sampai, xleh kuar. Bile g kaunter lrt, pegawai yg bgtaw xder kredit dah. Tinggal
20 sen sahaja. Memang terkejut sangat. Tinggal sebanyak itu sahaja??? Geram tol... Menyirap hati aku waktu tue. Aku kena la bayar RM 1.30. Itu jela jalan akhir. Menghabiskan wit aku jer.

Peristiwa ngeri yg aku lihat (bg aku ler ngeri melihatnye sbb penah kene).
Nak balik dari tempat keje, depan mata aku sendiri, ade penunggang moto kena xcdent dgn kereta. Nasib baik xder kecederaan yang teruk. Motor dia xleh nak pusing handle die. Kesnye, brek mengejut kereta myvi hitam. No plat? xsempat nk tgk. Kadang2 aku xpaham pesal nk cepat sgt... Even ade hal skalipun, pikir la nyawa sndri. Seolah-olah nyawa tue dah xder nilai harganya. Kire istilah bunuh diri sendri dan bunuh org lain. Yela, nk laju punya pasal krn nak cepat smp ke destinasi, akhirnya terbabas akibat sikap kiter sendiri. Dah tiada rasa sayang nyawa itu sendiri. Memang geram dengan sikap pemandu itu sendiri. Banyak gak time tue aku sendri menyumpah-nyumpah pada orang yang tak bertanggungjawab. Sebab ape aku jadi mcm tue? kerana aku sendiri pernah mengalaminya sendiri. Tak silap bulan lepas. that's why aku jadi begitu.. Grrr... (menahan sabar ketika ini).

5/11/11 - Ketika ini lepas solat subuh aku pulang ke kampung pada jam 7 pagi. Keadaan di jalan raya pada waktu itu lancar. Sampai di kampung dalam jam 9.30 pg. Aku, tolong mane yang patut. Esok dah Hari Raya Aidiladha. Emmm... Takder yg menarik nak citer.

6/11/11 - Hari nie hari yang mulia kerana menyambut Hari Korban / Aidiladha. Tapikan suasana bile meraikan hari nie dgn Aidilfitri berbeza + perasaan cam tak xcited plak nk braya. Mod: biasa2 jer.

7/11/11 - Umah nenek ade wat kenduri tahlil arwah atuk sekali dengan korban lembu. Waktu tue bz tlg mak2 sedara masak di dapur. Aku tlg memeriahkan suasana.. hehehehe.. Ala, setakat tolong yg simple2.

Itu jer yang aku ingat ar... Baik sambung keje aku nie... hehehe... Adios

27 September 2011

My Grandpa...

Sudah lama aku tidak update entri aku nie. Bukan apa, banyak sangat yang berlaku dalam hidup aku yang penuh dengan kejutan. What??? Kejutan... Entahlah... Aku sendri pun pening sebab ia berlaku dengan begitu pantas sekali.

Ape yang blaku sebenarnya erk??? Wll, actually baru2 nie aku dikhabarkan berita yang sedih dalam hidup aku. Atuk telah pergi but selamanya. Puncanya sakit tua. Ketika aku dapat tahu, beliau dimasukkan hospital. Mak sampaikan dalam jam 3 lebih. Dan beliau meninggal pada malam jumaat. Doktor sahkan jam 10 beliau sudah tiada dalam dunia nie. Ketika itu aku masih di rumahku dgn adik lelaki aku. Memang ketika tue aku cuma berzikir dlm hati supaya hatiku tenang dan tidak terlalu menangis dgn pemergian beliau.

Sehingga saat ini, aku tidak percaya dengan pemergian atuk yang aku sayang. Ku doakan semoga arwah atukku ditempatkan dikalangan para yang soleh. Amin...

13 August 2011

Nostalgia Raya

Hari ini aku tibe-tibe rasa nak wat kad raya... ada 7 kad (kad buatan sendri+ kad yg lebihan thn2 yg lepas) aku dah selesai wat n poskan. Kebetulan aku kuar jam 6.30 pm beli surat kbr. Actually byk kad nk wt tp, budget ader ker? lagipun skrg setem dh nek kalu pos.

Kad raya merupakan nostalgia lama yg pernah aku wat.. Banyak kenangan dgn kad raya tue. Smp skrg, kad3 yg kwn2 aku pernah bg dr time skolah hingga kolej, aku masih simpan lagi... Mengamit rindu. Ni tadi aku br buka FB, member ajak berbuka puasa di Mid Valley. Aku pown xtaw sama ada nk g or x. Mmg tringin nak jumper mereka... Yela dh hmpr 6 thn xjumper mereka... Msti mcm3 gelagat n rupa mereka. Sorang chuby, sorang kurus tinggi n mcm3 la... dh ada yg beranak pinak dh pun. Pergh... mesti seronok nie. Aku dlm dilema nk g or x. Yela, maner ada wit nk kuar... Aku kan baru jer stat keje... sebab tue aku rasa byk feeling... Emmm... tgk la camner...

Aku nak masuk tido dulu. Penat+ ngantok... Xder idea nk msukn dlm entri nie...
Adios....

P/S: Cuma kad raya aku tulis... Pasal kenangan hari raya or time pose xder kot... No idea... Lgpun xder yg menarik pown nk citer pasal raya....

08 August 2011

Corat-coret di bulan Ramadhan

Salam kembali... Sedar tak sedar dh masuk bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Hari nie sudah 8 hari umat islam mengerjakan puasa dan hari ini merupakan hari kedua aku braya(period time). Ini hanya untuk golongan wanita sahaja yang mengalami period...

Tadi, aku sempat singgah blog hakim tentang kemaafan. Aku setuju dgn ape yang akim tulis dan kongsi pengalaman yg berharga utk diri dia. Aku sebenarnya cuba belajar memaafkan seseorng tp bkn sorang malah ramai juga yg pernah sakitkan hati aku. Tapi ape gunanya aku berdendam n sakit hati pada mereka.. Itu lagi menambahkan luka dihati n bertambah aku mendendami manusia len yg pernah singgah dlm hidup aku. Mungkin aku perlu ambil masa untuk belajar memaafkan mereka. Setiap malam,aku muhasabah diri dengan apa yang aku lakukan dan aku belajar memaafkan diriku untuk menjadi manusia yang lebih baik kehidupan dari sebelum ini.

Hari ini juga aku menerima 2 perkhabaran. 1 baik dan 1 buruk. Baik, aku menerima tawaran pekerjaan di pos Malaysia. Alhamdulillah. Termakbul jua doaku untuk mendapat pekerjaan. Aku bersyukur sangat2... Aku perlu lakukan yang terbaik dalam karier aku. Berita sedih, salah seorang anggota keluarga si dia meninggal dunia. Dia memberitahu arwah tok ngah meninggal dalam keadaan beliau sedang tdo. waktu pagi dalam jam 9 or 10 pg. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Amin...

P/S: Aku ingat nk tulis bykkn entri pd setiap bln. paling banyak 10 keatas tp x kesampaian. Semuanya bawah 10... ada tue paling byk bwh 5... Adoyai