Entah mengapa perasaan aku mcm terpukul dek pusaran angin yg tidak tahu dari arah mana. Ia berlaku sejak 2 hari yg lalu kerana angin dlm badanku yg tidak menentu... Hanya wanita stiap bln akan blaku termasuk aku. Aku betul2 trasa bagai disayat2 hati dgn kata2 seseorg dr sebhgn dlm hidup aku. Sblm nie aku penah janji dalam hidup aku yg aku xnk begitu ikut sgt perasaan amarahku pdnya namun aku xberupaya krn skali lg aku mengingkari janjiku pada dia. Adakala aku terasa aku terlalu kejam pd dia. Aku terlalu pesimis tentang lelaki krn jiwa raga aku penah dihancurkan sorg yg bernama lelaki. Aku tahu dia bkn sama yg penah aku kenali tetapi aku tiba2 tersentap dek kata2 persis dgn kata2 org yg penah tinggalkan aku dan penah kecewakan aku. Bkn slh dia justeru itu semua salah aku yg tidak menghargai seorg yg baik mjdi psgn terbaik utk aku. Aku sendri tidak bersyukur dgn aper yg aku terima.
Semakin lama aku kenal diri dia, semakin aku terseksa jiwa ragaku krn terlalu bersalah terhadap diri dia yg tidak tahu apa2 tentang kisah silam aku. Bukan aku tidak penah berkongsi tetapi aku sendri ingin memutuskan hanya menyimpan segala yg penah blaku dlm hidup aku. Kata dia bila semakin kita pendam, semakin lama kita lepaskan kemarahan yg lama dgn cara yg tanpa aku sedari tetapi dia dapat rasai dan melihat aper yg aku rasa walaupun berkali2 aku katakan aku bleh handle sendri. Namun, dia juga mengalirkan air mata tatkala aku menjadi seorg pompuan len yg bkn diriku. Adakah aku mempunyai 2 personaliti yg berbeza? Entahla. Aku bingung memikirkannya.
Tadi, aku ada terbaca 1 status yg mengatakan 'Aku Ingin Kau Tahu Bahwa Ku Selalu Memujamu'. Emm... Biarkan jela. Bukan ada kena mengena pon dalam hidup aku. Mengapa pula aku yg tersentap dgn ayt2 sebegitu?? Perasan tol aku nie... Jiwa aku merudum sehingga dia x bisa berbuat aku tersenyum kembali. Aku menangis, menangis dlm hati yang tiada air mata membasahi di pipi aku. tangisan yg berlaku dlm jiwa yg penuh rasa kesengsaraan, kepedihan dan penderitaan aku sebelum. aku ingat aku sudah bebas dengan penderitaan lama aku. Ternyata jangkaan aku meleset sama sekali. Masih lg terasa sisa2 yg aku pendam selama ini.
Ada ketika kata2 aku begitu menyakitkan hati namum dengan sejujurnya dia mengatakan bahawa hanya aku dlm hidup dia. hanya aku yg mampu buat dia tersenyum, gelak ketawa dan senda gurawan. Ada masa aku terasa bkn sedikit rasa bersalah tetapi terlampau rasa bersalah dgn apa yg aku lakukan selama ini. Tidak adil utk dia kerna dia patut menerima seorg perempuan yg berhati lembut dan tidak penuh dgn dendam. tidak seperti aku yg hanya mementingkan perasaan aku shj sedangkan perasaan dia aku abaikan...
Apa yg harus aku lakukan?????
No comments:
Post a Comment